Dasar Privasi

NOTIS PRIVASI

Notis Privasi ini menghuraikan pengumpulan, penggunaan dan pemprosesan  data  peribadi  anda oleh Sunrider International (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Sunrider”) bagi tujuan perniagaan dan transaksi komersial yang berkaitan dengan produk, perkhidmatan dan perniagaan francais Sunrider, serta perkara-perkara yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan perniagaan-perniagaan Sunrider (“Tujuan”). Notis Privasi ini adalah tambahan kepada Polisi Privasi Sunrider yang boleh didapati di http://www.sunrider.com/Eng/Information/PrivacyPolicy.

 

Pengumpulan Data Peribadi dan Data Peribadi Yang Sedia Ada

Data peribadi bermaksud maklumat yang dibekalkan oleh anda dan/atau yang diperolehi oleh Sunrider daripada syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya  dan/atau  pihak-pihak  ketiga, yang mampu mengenalpasti identiti anda secara langsung atau tidak langsung, dan tidak terhad kepada:

(i)            Data peribadi anda seperti nama, nombor kad pengenalan dan semua butir-butir yang terkandung dalam kad pengenalan anda, alamat, butir-butir hubungan (telefon, nombor faks, dan alamat-alamat e-mel), kaum, jantina, kewarganegaraan, dan gambar- gambar/imej-imej;

(ii)           Butir-butir syarikat anda termasuk nama syarikat, alamat, butir-butir hubungan (telefon, nombor faks, dan alamat-alamat emel), kad nama, dan semua  butir-butir  yang terkandung dalam kad nama anda;

(iii)          Imej-imej/rakaman CCTV yang ditangkap di pejabat Sunrider;

(iv)         Nombor plat pendaftaran kereta;

(v)          Status perkahwinan dan butir-butir ahli-ahli keluarga terdekat;

(vi)         Gelaran jawatan, butir-butir pekerjaan, sejarah pekerjaan, dan latar belakang pendidikan anda;

(vii)        Rekod pembelian dan rekod transaksi;

(viii)       Maklumat bil, maklumat kewangan, perbankan dan informasi kad kredit termasuk aset  dan tanggungan, jika berkenaan;

(ix)         Informasi perahlian Sunrider dan akaun online Sunrider anda,  termasuk  nama  pengguna, nombor ID yang diperibadikan, dan kata laluan.

(x)          Data peribadi yang dikumpulkan secara automatik, termasuk alamat Protokol Internet (alamat IP), “Internet cookies”, pilihan bahasa, masa layaran, dan capaian dan data peribadi lain yang berkaitan apabila anda mengakses laman web Sunrider;

(xi)         Data peribadi sensitif, termasuk maklumat atau keadaan kesihatan anda, sejarah kesihatan anda, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan anda.

 

Penggunaan Data Peribadi

Sunrider menggunakan data peribadi yang dikumpulkan bagi Tujuan, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

(i)        Untuk melengkapkan dan/atau memproses transaksi perniagaan dan/atau komersial dengan anda serta apa-apa perkara-perkara lain yang berkaitan  secara  langsung dan  tidak langsung dengan perkara yang dinyatakan di sini atau perkara berkenaan  yang berada dalam jangkaan;

(ii)       Untuk mengesahkan identiti anda;

(iii)      Untuk membenarkan anda untuk memasuki kawasan-kawasan Sunrider;

(iv)      Bagi tujuan keselamatan;

(v)       Bagi tujuan komunikasi;

(vi)      Untuk menyimpan rekod kami yang terkini;

(vii)     Untuk membekalkan anda dengan maklumat am tentang produk, perkhidmatan, promosi, aktiviti pemasaran, dan perniagaan Sunrider;

(viii)    Untuk membekalkan anda dengan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Sunrider;

(ix)      Untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu produk-produk dan perkhidmatan- perkhidmatan Sunrider;

(x)       Untuk memberi bantuan dan/atau latihan dalam pengendalian perniagaan anda atau apa- apa transaksi anda dengan Sunrider;

(xi)      Bagi tujuan pentadbiran, pengurusan, dan pembangunan perniagaan Sunrider;

(xii)     Perkara-perkara lain yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Tujuan yang dinyatakan di sini; dan

(xiii)    Mematuhi obligasi di bawah undang-undang.


Penzahiran Data Peribadi

Data peribadi yang dikumpul mungkin akan dan/atau mungkin telah dizahirkan kepada pihak ketiga, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada, pihak ketiga yang  disenaraikan di bawah.  Kami akan memaklumkan anda sekiranya data peribadi anda dizahirkan atau telah dizahirkan kepada pihak-pihak ketiga selain daripada pihak yang disenaraikan di bawah.

(i)        Syarikat-syarikat Sunrider yang berkaitan, termasuk syarikat-syarikat induk dan subsidiari- subsidiari Sunrider bersama-sama dengan pemilikan-pemilikan lazim  atau  syarikat- syarikat dikawal (secara kolektif, “Syarikat-syarikat Berkaitan”);

(ii)       Penasihat-penasihat profesional dan institusi-institusi kewangan yang terlibat dengan Sunrider ataupun Syarikat-syarikat Berkaitan yang mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan kesulitan maklumat terhadap Sunrider ataupun Syarikat-syarikat Berkaitan.

(iii)      Pihak berkuasa tempatan dan kerajaan yang berkaitan;

(iv)      Pihak ketiga sub-kontraktor dan pembekal perkhidmatan yang dilantik oleh Sunrider ataupun Syarikat-syarikat Berkaitan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti perniagaan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan perniagaan Sunrider ataupun Syarikat-syarikat Berkaitan.

 

Pemindahan Data Peribadi ke tempat di luar Malaysia

Oleh kerana server dan sistem penyimpanan Sunrider dan/atau Syarikat-syarikat Berkaitan mungkin ditempatkan di luar Malaysia, data peribadi anda mungkin dan/atau telah dipindahkan, disimpankan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa di luar Malaysia. Selanjutnya, data peribadi anda mungkin akan dan/atau telah dikongsi dengan Syarikat-syarikat Berkaitan, yang berada di luar Malaysia bagi Tujuan yang dinyatakan di sini.

 

Hak Akses kepada Data Peribadi anda

Tertakluk kepada pengecualian-pengecualian di bawah undang-undang yang berkenaan serta seperti mana yang tertakluk di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda boleh

meminta akses kepada ataupun membuat pembetulan atas data peribadi anda, ataupun mendapatkan maklumat lanjut daripada Sunrider pada bila-bila masa dengan mengemukakan permohonan secara tulis berserta dengan bayaran fi yang telah ditentukan kepada Sunrider melalui alamat yang berikut:

Regional Accounting Manager dan/atau National Business Development Manager 304, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Emel: info@sunrider.com.my No Faks: 03-42533922

No Tel: 03-42533266 

Sekiranya data peribadi anda tidak tepat, atau anda perlu mengemaskinikan atau mengesahkan data peribadi anda, sila hubungi Sunrider melalui butir-butir hubungan yang tersebut  di  atas.  Sila sertakan nama, alamat, nombor ID (sekiranya ada), dan/atau alamat e-mel anda apabila anda menghubungi Sunrider. Anda mempunyai tanggungjawab untuk mengemaskinikan data peribadi anda dengan Sunrider.

 

Kewajipan untuk Membekalkan Data Peribadi

Ia adalah wajib bagi anda untuk memperuntukkan data peribadi yang diminta oleh Sunrider bagi Tujuan yang dinyatakan di sini. Bagi data peribadi yang telah diperuntukkan oleh anda kepada Sunrider, penyimpanan dan pemprosesan data tersebut oleh Sunrider adalah diperlukan bagi Tujuan yang dinyatakan di sini. Jika anda tidak ingin membekalkan apa-apa data peribadi yang diminta, Sunrider tidak akan dapat memenuhi Tujuan yang berkenaan.

Jika anda ingin menghadkan mana-mana aspek pemprosesan data peribadi anda, sila mengemukakan pemohonan bertulis bagi pertimbangan Sunrider. Sunrider mempunyai hak  untuk melarang sebarang penghadan atas pemprosesan data peribadi sekiranya penghadan itu akan menjejaskan perlaksanaan mana-mana Tujuan.

Jika anda telah memperuntukkan mana-mana data peribadi pihak ketiga seperti  ahli-ahli  keluarga dan penaja-penaja anda, ia akan dianggapkan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka untuk menyerahkan dan memperuntukkan data peribadi mereka kepada Sunrider dan data peribadi itu akan diproses di bawah Notis Privasi ini.

 

Pindaan kepada Notis Privasi Ini dan Polisi Privasi Sunrider

Sunrider memelihara hak untuk mengubah dan meminda Notis Privasi ini pada bila-bila masa. Polisi Privasi Sunrider boleh juga diubahsuikan atau diubah oleh Sunrider dan Syarikat-syarikat Berkaitan pada bila-bila masa. Sunrider dan Syarikat-syarikat Berkaitan akan menyiarkan apa- apa perubahan kepada Notis Privasi ini dan Polisi Privasi Sunrider dengan tarikh berkuatkuasa perubahan berkenaan. Sunrider boleh juga memaklumkan anda tentang apa-apa perubahan penting kepada Notis Privasi ini melalui emel atau surat biasa. Anda  mengakui  bahawa  ia adalah kewajipan dan tanggungjawab anda untuk mengkaji semula  Notis  Privasi  ini  dari semasa ke semasa.