KEUNIKAN SUNRIDER
Kami faham bahawa pelanggan bukan sahaja mahu produk yang selamat untuk digunakan oleh mereka serta mesra alam, malah juga berkesan. Keunikan Sunrider
menjamin standard keselamatan, kualiti, dan keberkesanan tertinggi yang anda patut dapat – dari falsafah yang unik di sebalik produk
kami sehingga proses pembuatan proprietari kami.

DR. TEI-FU CHEN
Pengasas & Pengerusi Lembaga
Gandingan Tradisi, Inovasi dan Keluarga
Cerita Sunrider sebenarnya merupakan kisah keluarga. Ia merangkumi generasi, tradisi timur purba dan teknologi barat yang moden. Walaupun pengasas kami, Drs. Tei-Fu dan Dr. Oi-Lin Chen menubuhkan syarikat pada tahun 1982, perjalanan mereka telah mula berdekad yang lalu di kampung halaman, Dr. Tei-fu, Taiwan. Ketika sedang membesar, Tei-fu selalu jatuh sakit. Datuknya merawat beliau dengan menggunakan perubatan cina tradisional. Nilai yang terdapat dalam perubatan tradisional begitu kuat sehingga menyemai minat beliau dalam bidang falsafah perubatan tradisional cina. Ketika beliau belajar ilmu perubatan dan farmasi di universiti, beliau menemui dan menikahi Oi-Lin, seorang pelajar perubatan pintar dari Hong Kong. Pasangan ini telah menyatukan rasa ingin tahu yang semula jadi, kepakaran sains dan semangat keusahawanan untuk memulakan sebuah perniagaan yang mengubah kehidupan masyarakat berasaskan makanan herba tradisional, sebagaimana yang telah mengubah kehidupan Tei-Fu bertahun-tahun dahulu.
Maka falsafah inilah yang menyemarakkan dasar perniagaan keluarga Sunrider hari ini. Dr. Tei-Fu Chen merupakan seorang ahli pakar herba yang mempunyai ijazah dalam bidang farmasi dan isterinya, Dr. Oi-Lin Chen merupakan seorang doktor perubatan. Selain itu, 5 orang cahaya mata mereka membantu dalam menjayakan perniagaan global mereka di hampir 50 buah negara dan wilayah, secara usahasama dengan ribuan Pemilik Perniagaan Bebas serta pemilik kedai francais. Kami semua adalah satu keluarga. Anda dialu-alukan untuk menyertai kami.
Lembaga Pengarah
Kami Menginspirasikan Masyarakat untuk Hidup Sihat dan Bahagia
Sejak tahun 1982, Sunrider telah membantu masyarakat sedunia untuk manampilkan diri dalam keadaan yang terbaik. Hari ini, peluang perniagaan yang terbukti telah berjaya untuk merangsang Pemilik Perniagaan Bebas dan Pemilik Perniagaan Rasmi mengecapi kejayaan. Kami merupakan keluarga global yang sedang berkembang.
Seperti pemilik perniagaan kami, produk kami juga mengubah kehidupan. Kami amat mengambil berat dan bangga mencipta rumusan semula jadi yang terbaik supaya dapat melakar jalan ke arah kesihatan menyeluruh dan tenaga yang lebih untuk anda dan keluarga anda.
KESIHATAN & KESEJAHTERAAN
Makanan dan Suplemen herba membantu dalam mengimbangi sistem tubuh badan anda, ia juga menyokong gaya hidup yang aktif, tulang dan sendi, perasaan yang stabil, pemikiran yang terbuka, prestasi dan daya tahan, usia yang panjang, pengurusan berat badan, tidur dan rehat yang mencukupi dan sebagainya.KECANTIKAN
Penjagaan kulit, alat solek, penjagaan badan, dan penjagaan oral yang diadun bersama ramuan terbaik alam semula jadi.



Sunrider di seluruh dunia
Kepelbagaian global memastikan perniagaan Sunrider kekal dinamik, relevan serta stabil bagi Pemilik Perniagaan Bebas. Inilah sebahagian daripada cerita kejayaan kami.
BUDAYA & KERAMAHAN
Terletak di ibu pejabat sedunia kami di Amerika Syarikat, Galeri Seni Chen memaparkan pelbagai koleksi peribadi keluarga Chen, antaranya, seni bangsa cina, barangan antik, dan koleksi seni lain yang dikumpul dari serata dunia.
Selain itu, Kumpulan Hotel Sunworld Dynasty™ telah melebarkan sayapnya dengan pembukaan tiga buah hotel bertaraf antarabangsa di Beijing, China, dan Taipei, Taiwan. Keluarga Chen juga memiliki mercu tanda Hotel SLS di Beverly Hills, California, dan Hotel St. Ermin’s yang mewah di Westminster, London, United Kingdom.
PEMBUATAN SENDIRI
Kami membuat 97% daripada keseluruhan produk Sunrider® di enam pusat kemudahan inovatif di seluruh dunia. Pembuatan sendiri menjadikan kami mampu mengawal setiap sudut pembuatan, supaya kami boleh mengekalkan integriti, keselamatan dan keberkesanan untuk setiap produk.
Kami Memimpin Melalui Teladan
Sunrider telah menerima pelbagai anugerah yang berprestij sejak tahun 1982. Berikut merupakan beberapa anugerah yang telah diterima: