Apakah itu Sains Herba®

Piawaian yang tepat dan pembuatan yang sistematik membezakan produk kami dan menjadikan ia di kelas yang tersendiri. Kami pakar dalam mengekstrak dan memekatkan semua nutrien yang bermanfaat daripada herba, supaya tubuh anda boleh mendapat manfaat kesihatan luar biasa tanpa perlu makan makanan tertentu dalam kuantiti yang banyak.

Berlainan dengan proses pengejusan atau penggunaan minyak dalam pengasingan ramuan, di mana ia akan, mengasingkan inti pati dan aspek berkhasiat daripada tumbuh-tumbuhan, produk Sunrider memberikan gaya pemakanan baharu dalam menyelami makanan yang sebati dengan alam semula jadi.

Lebih banyak lagi

Herba mentah seberat 10 kg diperlukan untuk menghasilkan 1 kg ramuan yang mencapai tahap proses proprietari Sunrider.
Produk Quinary® sahaja mengandungi lebih daripada 50 jenis herba.

Kami memilih dengan teliti mana-mana bahagian tumbuhan untuk digunakan, sama ada akar, daun, buah, benih, atau keseluruhan tumbuhan itu sendiri.

Kami membersihkan herba dengan tangan dan mencuci herba yang dipetik untuk menyingkirkan serpihan, kotoran, dan bahan lain yang tidak diingini.

Kami menggunakan pelbagai kaedah yang unggul untuk mempersiapkan herba kami, seperti mengeringkannya dalam suhu sejuk, memanaskannya pada suhu yang tinggi, atau memasaknya dalam madu.

Kami mengisar herba kami agar seragam dalam saiz dan bentuk.

Kami menggabungkan herba kami dalam urutan dan kadar yang tepat agar ia berharmoni dengan tubuh anda.

Kami menggunakan kaedah yang berbeza untuk mengekstrak nutrien yang bermanfaat daripada herba kami, sambil meminimumkan bahan-bahan yang tidak diingini dan air.

Kami menumpukan ekstrak herba kami menjadi “jus” yang pekat dan berkhasiat.

Seterusnya kami akan menyembur ekstrak herba kami ke atas asas herba dan menukar "jus" ini menjadi serbuk.

Dari awal hingga akhir, kami mengawal setiap langkah untuk memastikan kawalan kualiti dan kestabilan hayat simpanan produk.

Ketepatan Melahirkan Kesempurnaan

Proses Proprietari Sembilan Langkah

1. PEMILIHAN 2. PEMBERSIHAN

1. PEMILIHAN 2. PEMBERSIHAN

Sunrider

3. PENINGKATAN MUTU 4. PENGISARAN

3. PENINGKATAN MUTU 4. PENGISARAN

Sunrider

4. PERUMUSAN

4. PERUMUSAN

Sunrider

5. PENGEKSTRAKAN

5. PENGEKSTRAKAN

Sunrider

6. PEMEKATAN

6. PEMEKATAN

Sunrider

7. SADURAN BERGERAK ATAU

7. SADURAN BERGERAK ATAU

Sunrider

8. PENGERINGAN SEMBUR

8. PENGERINGAN SEMBUR

Sunrider

9. PEMBUNGKUSAN

9. PEMBUNGKUSAN

Sunrider

Dirumuskan dengan Kepakaran, oleh Pakar-pakar Kami

Pengasas-pengasas syarikat kami merupakan doktor perubatan, ahli kimia organik dan pakar herba, pakar dalam bidang kesihatan dan sains. Sementara kebanyakan syarikat mengupah atau menggunakan khidmat luar untuk menjalankan penyelidikan, perolehan dan penyusunan formula, kami mempunyai pakar yang menghasilkan produk sendiri di enam fasiliti yang inovatif di seluruh dunia dengan menggunakan mesin farmaseutikal yang berteknologi tinggi. Dengan memiliki ruang kilang lebih dari satu juta kaki per segi, termasuk makmal kimia dan mikrobiologi, kami mengawal setiap aspek pengeluaran – tiada satu langkah yang menggunakan khidmat luar. Dengan ini, kami dapat menjaga ketulenan, keselamatan dan keberkesanan setiap produk Sunrider®. Pada tahun 2008, demi memenuhi permintaan yang tinggi daripada pelanggan kami, kami memindahkan operasi penyelidikan, pembangunan dan pemprosesan ke ibu pejabat kami di Kilang Pembuatan Los Angeles, Amerika Syarikat. Kemudahan yang unggul di Los Angeles ini melebihi standard yang di tetapkan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Pada tahun 2018, Kilang Pembuatan Los Angeles telah menerima sijil daripada NSF Internatio nal, satu badan bebas yang mengakreditasi, menguji dan mengesahkan produk mementingkan kesihatan orang awam dan standard keselamatan yang ditetapkan. Daripada pengujian peralatan yang mahal sehinggalah analisis ramuan, setiap proses bagi perkembangan produk dinilai dengan amat teliti sebelum mendapatkan sijil NSF.

Sunrider

Dari Tanah ke Tangan

Bahan-bahan yang unggul menghasilkan produk yang berkualiti, itulah janji Sunrider kepada anda semua.

HERBA TERBAIK

Kami mendapatkan bekalan herba dari seluruh dunia; kebanyakannya liar melata di hutan dan bukannya tanaman ubah suai genetik, herba yang tumbuh dari tanah yang kaya dengan mineral. Kami mengawasi dengan teliti persekitaran, tanah dan musim menanam agar herba dapat dituai pada masa yang tepat supaya mendapat manfaat yang terbaik.

UJIAN PALING RAPI

Sebelum kami menerima muatan herba, kami akan menjalankan pemeriksaan mikro yang rapi untuk mengesahkan ketulenan sesuatu produk. Ujian rapi ini juga dijalankan untuk setiap tahap dalam pengeluaran.

PROSES PROPRIETARI

Kilang kami yang serba canggih memerlukan mesin yang moden dan canggih. Oleh hal yang demikian, kami menggabungkan kepakaran ahli herba kami bersama rumusan proprietari kami serta mesin farmaseutikal yang serba canggih ini untuk mengekstrak setepatnya apa yang kami mahu daripada herba, sementara mengekalkan kadar nutriennya.

PEMBUNGKUSAN

Kami melakukan sendiri proses pembungkusan untuk memastikan keberkesanan produk kami di sepanjang hayat simpanannya. Sebelum ia meninggalkan kilang kami, setiap produk akan menjalani beberapa ujian canggih termasuklah di uji suhunya dan ianya haruslah kedap udara. Hal ini untuk memastikan ianya selamat, tulen dan berkesan untuk pengguna. Kami juga sentiasa mengawasi keadaan gudang.

DIHANTAR DENGAN PENUH KASIH SAYANG

Produk Sunrider® dijual secara eksklusif melalui usahawan di hampir 50 negara dan wilayah di seluruh dunia. Pemilik Perniagaan Bebas dan Pemilik Perniagaan Rasmi yang berinspirasi ini berkongsi semangat kami dalam mencapai kecemerlangan. Ketara m ereka suka apa yang mereka lakukan .

FOKUS KEPADA KELUARGA

Syarikat kami bermula dengan keluarga sendiri dan telah berkembang secara global untuk disertai oleh usahawan dan pelanggan seperti anda. Kita semua saling berhubungan, dan kami berbangga untuk menjaga anda dan keluarga secara inovatif dengan produk yang terbaik untuk generasi ini dan akan datang.

SUNRIDER BUKAN PENGELUAR PRODUK UBAH SUAI GENETIK

Makanan yang tidak diubah suai genetiknya makin mendapat tempat dalam kalangan pelanggan yang mementingkan kesihatan. Sunrider dengan bangganya mengatakan bahawa semula semua makanan, minuman dan suplemen tidak mengandungi organisma ubah suai genetik (Genetically Modified Organisms).

GMO ialah bahagian tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang telah dihasilkan secara genetik untuk bercampur dengan gen daripada tumbuhan, haiwan, virus, atau bakteria. Ia dilakukan untuk mengurangkan kos dengan memperkenalkan ciri-ciri genetik yang membantu dalam tanaman tertentu untuk menentang racun herba, perosak, penyakit, atau keadaan persekitaran; mengurangkan kerosakan; atau meningkatkan profil nutrien makanan.

Pengubahsuaian genetik ini telah dilakukan sejak tahun 1990an. Terdapat sembilan tanaman makanan yang secara saintifik telah diubah suai genetiknya. Dianggarkan lebih 75% makanan di pasaran Amerika Syarikat mengandungi GMO. Memandangkan teknik GMO ini masih baharu di pasaran, para saintis tidak dapat mengenal pasti kesan buruk GMO terhadap kesihatan pengguna. Mungkin kesannya akan jadi lebih jelas pada jangka masa panjang.

Pengasas Sunrider, Dr. Tei-Fu Chen percaya bahawa “alam semula jadi merupakan peladang terbaik”. Kesemua produk Sunrider terdiri daripada makanan, minuman dan suple men yang diperbuat daripada sumber tumbuhan semula jadi, dan bukannya GMO. Yakin dan percayalah bahawa setiap produk Sunrider® adalah selamat, menyeluruh, dan berkhasiat untuk anda dan keluarga anda.

Sunrider

SIJIL HALAL

Sunrider sentiasa mencari alternatif untuk meningkatkan tahap kepuasan pengguna yang menggunakan produk kami. Mendapatkan pensijilan halal merupakan satu lagi manfaat penting bagi pengguna kami, dan dengan bangga kami mempamerkan logo halal pada bungkusan produk kami. Sijil Halal yang dikeluarkan oleh IFANCA (Majlis Makanan dan Pemakanan Islam Amerika) telah menjadi jaminan bahawa apa yang pengguna beli adalah 100% halal.

Sunrider

SIJIL ANTI-DOPING

Pada bulan Disember tahun 2006, lima produk Sunrider® iaitu Veros®, Joi®, Top®, Sunrise®, dan Korean White Ginseng telah menerima sijil anti-doping daripada Banned Substances Control Group (BSCG) http://bscg.org/index.php, sebuah makmal/ badan berkanun yang menjalankan ujian bahan terlarang. Sijil ini membolehkan atlet Israel menggunakan produk syarikat Sunrider untuk persiapan ke Sukan Olimpik Beijing 2008. Syarikat Sunrider juga diberi kebenaran untuk menggunakan logo BSCG dan tanda penafian (disclaimer) pada label untuk dipamerkan di produk-produk Sunrider. Lima produk ini telah ditambah ke dalam senarai lima belas produk Sunrider® lain yang telah diluluskan sebelum ini oleh Jawatankuasa Olimpik Israel untuk digunakan oleh atlet Olimpiknya.

BSCG menggunakan teknologi canggih, anti-doping untuk semua analisis. Had pengesanan yang digunakan oleh BSCG adalah had pengesanan yang paling rendah jika dibandingkan dengan mana-mana program yang serupa di seluruh dunia. Suplemen yang disahkan oleh BSCG me yakinkan pengguna bahawa pengeluar mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan agen anabolik yang bahaya, perangsang, dan bahan terlarang lain yang berbahaya tidak terkandung dalam produk mereka.

Sunrider

SIJIL KOSHER

Produk yang Diperakui oleh Kosher
Sunrider memahami bahawa produk yang diperakui oleh Kosher adalah penting untuk Pemilik Perniagaan Bebas dan pengguna. Oleh itu, kebanyakan produk yang dihasilkan oleh Sunrider Manufacturing, L.P. telah disahkan Kosher oleh Star-K, iaitu salah satu daripada agensi persijilan Kosher yang paling dihormati di dunia.

Sunrider